Home » Tentang Kami

PROGRAM MEMPERKASAKAN JARINGAN USAHAWAN (PJU)

Sejarah Penubuhan Program Memperkasakan Jaringan Usahawan ( PJU ) ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu orang Melayu supaya dapat bersatu dibawah satu bumbung bagi menguatkan ukhwah serta melebarkan jaringan perniagaan yang sedia ada. Orang Melayu boleh menjadi seorang usahawan yang bagus dengan syarat mereka bersatu, bantu membantu antara satu sama lain dan sentiasa bertukar-tukar pandangan dalam perniagaan. Hari ini dapat dilihat bahawa orang Melayu yang terlibat dalam perniagaan hanyalah di pinggir-pinggir bandar, tepi-tepi jalan di ibu kota dan amat jarang sekali dapat lihat orang Melayu menjadi pembekal kepada barangan.

Mencontohi orang cina berniaga dan jika dapat dipraktikkan dalam perniagaan orang Melayu ianya sangat bagus kerana orang cina sentiasa mencari peluang baru dalam perniagaan serta amat kuat bekerja. Perniagaan orang cina boleh diwariskan sehingga kepada 3 generasi dimana dapat dilihat berlakunya pembesaran dalam perniagaan. Meniru cara orang Cina berniaga tidak salah tetapi menipu dalam jual beli adalah salah di sisi agama Islam. Program ini diharapkan menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk meningkatkan kuasa beli melalui jaringan usahawan. Keuntungan akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan Usahawan yang akan memberi pinjaman ( modal asas ) untuk memulakan perniagaan. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat membantu kerajaan dalam membasmi kemiskinan serta membantu kerajaan untuk melihat lebih ramai orang Melayu terlibat dalam perniagaan.

Dalam program ini, setiap peserta mempunyai tanggungjawab asas iaitu dihendaki membuat pembelian RM100 sebulan di kedai usahawan (stokis yang berdaftar) dan peserta akan mendapat insentif setiap bulan berdasarkan pembelian rangkaiannya. Insentif ini di beri megikut level 1 hingga level 12 dan insyaALLAH akan dipanjangkan kepada level 15 bagi memberi kemudahan kepada peserta untuk merasai insentif rangkaian. Mereka yang tiada rangkaian masih dapat buat pinjaman modal apabila tamat kursus daripada RM500 hingga RM3000 bergantung kepada bidang perniagaan yang ingin diusahakan. Peserta yang tidak membuat pembelian secara automatik tiada insentif meskipun dalam system menunjukkan ia mempunyai insentif. Justeru itu, adalah perlu setiap orang berbelanja RM100 sebulan atas dasar ukhwah kerana jika komitmen ini dapat dilaksanakan maka setiap orang mempunyai pendapatan bulanan dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan peserta dalam program jaringan usahawan.

 

MISI KAMI

Membantu dan memotivasikan orang Melayu dalam perniagaan supaya lebih berdaya saing serta mampu menghadapi cabaran global.

 VISI KAMI

Menjadikan sebuah persatuan yang terunggul untuk menyatukan usahawan-usahawan Melayu dalam perniagaan.